Selasa, 13 Maret 2018

*Zikir 99 - Asmaul Husna*

*Zikir 99 - Asmaul Husna*

Berikut ini adalah bicara hati ringkasan bagi setiap Asma Ul Husna utk dibaca diwaktu zikir dengan memulai dengan menyebut ALLAHUMMA pada zikir yang pertama ...

*1. Ya Rahman -*
Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau maha Pemurah lg maha pengasih. Terima kasih atas segala kurniaanMu kepadaku di dunia ini. Engkau mendegup jantungku setiap saat tanpa henti walau daku tidak meminta dan lupa mengucapkan terima kasih kpMu.

*2. Ya Rahim -*
Allahumma ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Penyayang, Engkau sentiasa membimbing daku ke jln syurgaMu, dan ketika daku tersasar dari jln syurgaMu, Engkau tarik daku kembali ke jln syurga dgn sedikit kesakitan, perpisahan dan pelbagai ujian. Daku redha atas segala ujianMu kerana ujianMu itu tanda sayangMu kepadaku

*3. Ya Malik -*
Allahumma Ya Malik, sesungguhnya Engkaulah pemilik seluruh isi langit dan bumi dan apa yg ada pada manusia. Daku ini milikMu ya Malik, Engkau pinjamkan anggota tubuh utk beribadah kepadaMu dan berbakti kepada ummah. Terima kasih atas segala pinjamanMu ini.

*4. Ya Quddus -*
Allahumma ya Quddus yg Maha Suci, sempurna dan tidak ada cacat cela. Dakulah hamba yg hina yg banyak buat salah silap, daku redha ketika Engkau ya Quddus membasuh roh daku dgn sedikit kesakitan dan kesempitan.

*5. Ya Salam -*
Allahumma Ya Salam, Engkau Maha Sejahtera, kurniakanlah daku kesejahteraan jiwa, fikiran dan jasad utk daku mengabdi diri kepadaMu dan berbakti kepada ummah

*6. Ya Mukmin -*
Allahumma Ya Mukmin, Engkaulah yg memberi rasa aman dalam jiwa hambaMu, dan dgn keamanan itu, hilanglah rasa cemas dan takut, kerana pergantungan kepadamu itulah pergantungan yg kukuh.

*7. Ya Muhaimin -*
Allahumma Ya Muhaimin, Engkaulah yg Maha Melindungi, lindungi kami dari azab nerakaMu, dari azab kuburMu, dari segala bencana kejahatan makhluq di dunia ini.

*8. Ya Aziz -*
Allahumma ya Aziz, yg Maha Perkasa, perkasakan jiwa ku utk terus beribadat kepadaMu, menjauhi laranganMu dan jiwa yg tabah mengharungi ujianMu

*9. Ya Jabbar -*
Allahumma Ya Jabbar, Engkaulah Maha Pemaksa, namun pemaksaanMu terhadap kami adalah tanda kasihMu Ya Rahim agar kami sentiasa mendekat diri kepadaMu

*10. Ya Mutakabbir -*
Allahumma Ya Mutakabbir, Engkaulah yg Maha Memiliki Kebesaran, lain dariMu semuanya kerdil. Basahi lidahku ini utk membesar2Mu dan sucikan hatiku dari sifat membesar diri.

*11. Ya Khaliq -*
Allahumma Ya Khaliq, Engkau Maha Pencipta, segala sesuatu dialam buana ini adalah ciptaanMu, daku ini ciptaanMu yg Engkau cipta utk mentaatiMu.

*12. Ya Baari' -*
Allahumma Ya Baari', yg Maha Mengatur, aturlah hidupku utk sentiasa taat kepada perintahMu, menjauhi segala laranganMu dan membuat kebajikan

*13. Ya Mushawwir -*
Allahumma Ya Mushawwir, Engkau Maha Kreatif, dgn kreativitiMu lah alam dan isinya dicipta, dgn pelbagai jenis bintang, planet, pelbagai jenis pokok, binatang, manusia. Ya Mushawwir, kurniakan daku kreativiti utk mengurus hidup ini.

*14. Ya Ghaffar -*
Allahumma Ya Ghaffar, Engkaulah yg Maha Pengampun. Walau dosaku setinggi gunung, tinggi lagi keampunanMu. Daku mohon keampunanMu Ya Ghaffar bagi segala dosaku yg hanya Engkau mengetahuinya.

*15. Ya Qahhar -*
Allahumma Ya Qahhar, Engkau Maha Menundukkan, tundukkan nafsu kami agar kami dapat sentiasa beribadah dan mendekatkan kepadaMu

*16. Ya Wahab -*
Allahumma Ya Wahab, Engkaulah yg Maha Penolong. Tolonglah kami di akhirat untuk memasuki syurgaMu, tolong kami di alam barzah, jadikan kubur kami dari taman2 syurga. Tolong kami di dunia ini untuk taat kepadaMu, menjauhi laranganMu dan mengharungi ujian2Mu.

*17. Ya Razzaq -*
Allahumma Ya Razzaq, Engkaulah yg Maha Memberi Rezeki, kurniakan kami rezeki ilmu makrifahMu, syurga abadiMu dan uang di dunia ini secukupnya untuk kami mengabdi diri kepadaMu dan berbakti kepada ummah.

*18. Ya Fattah -*
Allahumma Ya Fattah, Engkau Maha Membuka, bukalah hijab hati kami denganMu agar kami dapat merasai hadirMu dan dekatnyaMu dgn kami. Ya Fattah Ya Razzaq, bukalah pintu syurga bagi kami, bukalah kubur yg sempit bagi kami.

*19. Ya 'Alim -*
Allahumma Ya 'Alim, Engkaulah yg Maha Berilmu, kurniakan kami ilmu makrifah agar kami dapat mengenalMu, kurniakan kami ilmu Al Quran dan Hadis NabiMu agar ia boleh menjadi petunjuk bagi hidupku.

*20. Ya Qaabidh -*
Allahumma Ya Qaabidh, Engkau Maha Menyempitkan, Engkau menyempitkan kami agar ketika kami lalai kepadaMu kami datang merintih merayu kepadaMu. Kami redha atas sedikit kesempitan di dunia ini demi kelapangan di akhirat.

*21. Ya Baasith -*
Allahumma Ya Baasith, Engkau Maha Melapangkan, Engkau melapangkan hidup kami di dunia ini agar kami mensyukuri nikmat2Mu. Lapangkan kami di alam barzah dengan taman syurgaMu dan di akhirat dengan syurga abadiMu.

*22. Ya Khaafidh -*
Allahumma Ya Khaafidh, Engkau Maha Menjatuhkan, Engkau menjatuhkan kami seketika dalam hidup ini agar kami datang dapat dekat kepadaMu kerana ketika berada diatas, seringkali kami tidak ada masa bersamaMu.

*23. Ya Raafi' -*
Allahumma Ya Raafi', Engkaulah yg Maha Menaikkan, naikkan martabat kami disisiMu di akhirat nanti dengan hadiah syurgaMu.

*24. Ya Mu'iz -*
Allahumma Ya Mu'iz yg Maha Memuliakan, kami bersyukur kepadaMu atas kemuliaan yg telah Engkau kurniakan kepada kami sebagai khalifahMu di dunia ini. Peliharalah kemuliaan ini ya Muiz dengan kurniaan ibadat2 yg mulia disisiMu

*25. Ya Muzill -*
Allahumma Ya Muzill, Engkaulah Yang Maha Menghinakan, janganlah Engkau hina kami di akhirat nanti dengan nerakaMu Ya Muntaqim. Sedikit cemoohan manusia yg datang kepada kami kerana kami menegakkan kebenaran adalah merupakan kemuliaanMu Ya Karim, kami redha dengan penghinaan makhluq, asalkan jangan Engkau hina kami.

*26. Ya Sami' -*
Allahumma Ya Sami' yg Maha Mendengar, dengarlah rintihan kami, kami ingin menjadi hambaMu sebenar2 hamba, pimpinlah kami Ya Haadi dunia akhirat.

*27. Ya Bashir -*
Allahumma Ya Bashir, Engkau Maha Melihat, pandanglah kami hambaMu yg hina ini, belailah kami dengan kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Karim.

*28. Ya Hakam -*
Allahumma Ya Hakam yg Maha Menetapkan  hukum hakam dan peraturan hambaMu di dunia ini, jadikan kami hamba yg taat kepada peraturanMu, dan masukkan rasa takut kepada hukuman nerakaMu ke dalam jiwa kami.

*29. Ya 'Adl -*
Allahumma Ya 'Adl, Engkau Maha Adil, selamatkan dan kasihan belaskan kami di hari keadilanMu nanti dimana buku amalan akan diserahkan.

*30. Ya Latif -*
Allahumma Ya Latif, Engkaulah yg Maha Lembut, lembutkan hati kami agar sentiasa mentaatiMu.

*31. Ya Khaabir -*
Allahumma Ya Khaabir, Engkau Maha Waspada, waspadakan kami dari nafsu kami dan tipudaya syaitan dan dunia.

*32. Ya Halim -*
Allahumma Ya Halim, Engkaulah yg Maha Santun, kurniakan kami sifat santun terhadapMu agar kami senantiasa menjauhi laranganMu dan melaksanakan perintahMu.

*33. Ya 'Adzim -*
Allahumma Ya 'Adzim, Engkaulah Maha  Agung, hanya Engkau yg layak diagung2kan kerana seluruh 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi adalah milikMu Ya Malik Ya Malikulmulk

*34. Ya Ghaffur -*
Allahumma Ya Ghaffur, Engkaulah Maha Pengampun, walau berulang2 kali kami berbuat dosa dan memohon keampunanMu, dengan sifat keluasan dan kemurahan keampunanMu, Engkau tetap ampunkan dosa2 kami.

*35. Ya Syakur -*
Allahumma Ya Syakur, Engkaulah yg Maha Menghargai, Engkau hargai kebaikan hamba2Mu walau sebesar zarah sekalipun

*36. Ya Aliy -*
Allahumma Ya Aliy, Engkaulah Maha Tinggi, kami hambaMu rendah dan hina.

*37. Ya Kabir -*
Allahumma Ya Kabir, Engkau Maha Besar, kami hambaMu yg kerdil lg hina.

*38. Ya Hafiz -*
Allahumma Ya Hafiz, Engkau Maha Memelihara, pelihara kami dari dicampak ke dalam nerakaMu yg menyala2 itu.

*39. Ya Muqit -*
Allahumma Ya Muqit, Engkau Maha Mencukupkan, masukkan dalam jiwa kami rasa cukup dengan kurniaan dunia yg Engkau Ya Razzaq kurniakan. Cukupkan keperluan kami dalam kubur dan alam akhirat.

*40. Ya Hasib -*
Allahumma Ya Hasib, Engkaulah Yang Maha Menghisab, kami mohon kepadaMu, kurniakan kami syurga tanpa hisab.

*41. Ya Jalil -*
Allahumma Ya Jalil, Engkau Maha Sempurna kebesaran, keagungan dan ketinggian, sucikan dan jernihkan hati kami dari mengeluhkesah terhadap takdirMu kerana semua takdirMu baik bagi kami di dunia dan akhirat.

*42. Ya Karim -*
Allahumma Ya Karim, Engkau Maha Mulia, muliakan kami di dunia ini dengan kurniaan daya untuk kami beramal ibadah dan amal soleh, muliakan kami ketika mati, mati dengan ungkapan LAAILAHAILLALLAH, muliakan kami di alam barzah dalam taman syurgaMu dan muliakan kami di akhirat dengan kurniaan syurga abadiMu.

*43. Ya Raqib -*
Allahumma Ya Raqib, Engkaulah yg Maha Mengawasi, awasi hati kami dari lalai mengingatMu.

*44. Ya Mujib -*
Allahumma ya Mujib, Engkau yg Maha Mengabulkan, kabulkan segala permintaan kami sekiranya ia baik bagi kami, sesungguhnya Engkau Maha Baik. Masukkan rasa haqqul yaqin dalam jiwaku kepada kekuasaanMu, kasih sayangMu dan kebaikanMu.

*45. Ya Wasi' -*
Allahumma ya Wasi', Engkau Maha Meluaskan, luaskanlah kubur kami yg sempit lagi menghimpit itu, luaskanlah titian sirat bagi kami nanti, luaskan pintu syurga bagi kami, Ya Wasi', Ya Fattah Ya Razzaq Ya Karim.

*46. Ya Hakim -*
Allahumma ya Hakim, Engkau Maha Bijaksana, kurniakan kami kebijaksanaan memahami ilmu makrifah agar kami dapat mengenalMu, ilmu Al Quran dan Hadis untuk kami jadikan panduan hidup ini.

*47. Ya Waduud -*
Allahumma Ya Waduud, Engkau Maha Pecinta, hanya cintaMu suci, kekal abadi, masukkan secebis rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami agar kami dapat merasa rindu dan lazat ketika mendekatkan diri kepadaMu dalam ibadah kami dan memberi semangat kepada jiwa kami untuk berbakti kepada ummah.

*48. Ya Majid -*
Allahumma Ya Majid, Engkaulah yg Maha Mulia, kurniakan kami budipekerti yg mulia sebagaimana budi pekerti Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam agar kami dapat membuat ketaatan dan kebaktian.

*49. Ya Baa'its -*
Allahumma Ya Baa'its, Engkaulah yg Maha Membangkitkan, bangkitkan dan bakar semangat kami untuk beribadah kepadaMu, untuk berbakti dan memperjuangkan agamaMu agar kami mendapat redhaMu dan mendapat perlindunganMu di hari kebangkitan nanti.

*50. Ya Syahid -*
Allahumma Ya Syahid, Engkaulah yg Maha Menyaksikan, saksikanlah pengorbanan kami dan perjuangan kami dan kurniakan kami syahid ketika mati nanti.

*51. Ya Haq -*
Allahumma ya Haq, Engkaulah yg Maha Benar, bukalah kepada kami jalan hidup yg benar disisiMu, kekalkan kami dalam kebenaran dan masukkan kami dalam perjuangan menegakkan kebenaranMu.

*52. Ya Wakil -*
Allahumma Ya Wakil, Engkau Maha Mentadbir, kami hambaMu tak punya daya utk mentadbir tubuh kami, hidup kami, kerja kami, suami dan anak2 kami, kami serah kepadaMu Ya Wakil untuk Engkau membantu kami mentadbir segalanya, sesungguhnya Engkau sangat hebat dalam mentadbir setiap sesuatu.

*53. Ya Qowiy -*
Allahumma Ya Qowiy, Engkaulah Yang Maha Kuat, kurniakan kami kekuatan untuk taat kepadaMu, menjauhi laranganMu dan mengharungi ujianMu

*54. Ya Matin -*
Allahumma Ya Matin, Engkaulah Yang Maha Teguh, teguhkan iman kami, jgn biar kami ragu kepada kekuasaanMu Ya Aziz ya Jabbar Ya Qohhar Ya Mutakabbir teguhkan keyakinan kami kepada kemurahanMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Karim bagi hamba beriman. Teguhkan keyakinan kami kepada azabMu Ya Dharru, Ya Hakam, Ya Muntaqim bagi yg ingkar kepadaMu.

*55. Ya Waliy -*
Allahumma Ya Waliy, Engkaulah Yang Maha Melindungi, lindungi kami dari akhlaq buruk, dosa dan maksiat.

*56. Ya Hamid -*
Allahumma Ya Hamid, Engkaulah Yang Maha Terpuji, basahilah lidah kami untuk senantiasa memujiMu. Ya Fattah Ya Hamid,  bukalah hijab kami denganMu agar nampak Nama dan Sifat2Mu dengan itu dapat memujiMu. Ya Hamid, kurniakan kami sifat2 terpuji seperti Rasululullah Solallohu Alaihi Wassalam.

*57. Ya Muhshi -*
Allahumma Ya Muhshi Yang Maha Menghitung, bantulah kami di hari perhitungan amal nanti, kurniakan buku hitungan amal dengan tangan kanan.

*58. Ya Mubdi' -*
Allahumma Ya Mubdi', Engkau Yang Maha Memulakan, kami ini dimulakan penciptaan olehMu Ya Mubdi' Ya Khooliq dari tanah yg hina. Dari tanah jasad ini datang, kepada tanah kami akan dikembalikan. Insafkan kami sentiasa Ya Allah agar hilang riya dan ujub dalam hati kami.

*59. Ya Mu'id -*
Allahumma Ya Mu'id Yang Maha Mengembalikan, ingatkan kami senantiasa hari kami kembali kepadaMu untuk dihitung dan dihisab agar kami membuat persiapan utk menghadapMu.

*60. Ya Muhyi -*
Allahumma Ya Muhyi, Yang Maha Menghidupkan, setiap saat kami dihidupkan olehMu untuk melaksanakan agendaMu Ya Baari'. Hidupkan roh kami agar senantiasa ingat kepadaMu.

*61. Ya Mumit -*
Allahumma Ya Mumit, Engkaulah Yang Maha Mematikan, ingatkan kami akan kematian kami senantiasa dan bantulah kami Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim untuk mempersiapkan bekalan amal.

*62. Ya Hayyu -*
Allahumma Ya Hayyu, Engkau Maha Hidup, hidupkan senantiasa jiwa kami agar mengingatiMu setiap saat.

*63. Ya Qoyyum -*
Allahumma Ya Qoyyum, Engkau Maha Mengurus dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Ya Qoyyum, kurniakan kami sifat berdikari dalam hidup ini, hanya bergantung kepadaMu dan tidak bergantung kepada manusia lain.

*64. Ya Wajid -*
Allahumma Ya Wajid Yang Maha Menemukan, pertemukan kami dengan insan2 mulia yg senantiasa mengingatkan kami kepadaMu.

*65. Ya Maajid -*
Allahumma Ya Maajid Yang Maha Mulia, muliakan kami disisiMu dengan daya upaya untuk melaksanakan ibadah2 yg mulia yg dilakukan oleh insan2 yg mulia, para Rasul, Nabi dan Aulia'Mu.

*66. Ya Ahad -*
Allahumma Ya Ahad, Engkau Maha Esa, tiada kekuasaan di alam buana ini melainkan kekuasaanMu Ya Ahad Ya Aziz Ya Jabbar Ya Qohhar Ya Mutakabbir, tiada anugerah melainkan anugerah Mu Ya Ahad Ya Rahman Ya Rahim, tiada mudarat melainkan mudarat dariMu Ya Ahad Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim. Pasakkan pasak tauhid yg kukuh dalam jiwa ini agar jiwa ini senantiasa mengesakanMu Ya Ahad.

*67. Ya Wahid -*
Allahumma Ya Wahid, Engkau Maha Tunggal, tidak berbilang2, semua kekuasaan, anugerah dan kurniaan hanya milikMu secara mutlak, tidak berkongsi dengan sesiapa pun, pasakkan pasak tauhid yg kukuh dalam jiwaku agar imanku mantap.

*68. Ya Somad -*
Allahumma Ya Somad, Engkau Maha Diharapkan, seluruh makhluqMu mengharapkanMu setiap saat. Kami sangat2 mengharapkanMu untuk mengingatkan hati ini kepadaMu setiap saat, untuk memberi kami daya berzikir, daya untuk sujud, daya untuk berinfaq dan daya untuk berdakwah di jalanMu.

*69. Ya Qodir -*
Allahumma Ya Qodir, Engkau Maha Berkehendak, kehendakMu terhadap kami semuanya menuju syurgaMu, Engkau berkehendak kami agar mengikut perintahMu dalam Al Quran dan menjauhi laranganMu, mengikut akhlaq RasulMu, dan membuat persiapan amal utk bertemu denganMu.

*70. Ya Muqtadir -*
Allahumma Ya Muktadir, Engkau Maha Menentukan Takdir.  TakdirMu buat kami yg beriman tanda kasihsayangMu Ya Rahman Ya Rahim dan berakhir dengan syurgaMu Ya Razzaq Ya Karim. Kami redha atas setiap takdirMu yg Engkau tentukan buat kami asal kami sentiasa dalam redhaMu.

*71. Ya Muqaddim -*
Allahumma Ya Muqaddim Yang Maha Memulakan, Engkau memulakan sesuatu ujian dan hanya Engkau yg dapat mengakhirinya. Engkau yg memulakan satu pertemuan dan Engkau yg mengakhiri pertemuan itu. Engkau Ya Muqaddim yg memulakan satu pencarian mencariMu dan hanya Engkau yg mengakhiri pencarian itu dengan pertemuan dgnMu.

*72. Ya Muakkhir -*
Allahumma Ya Muakkhir, Engkau Maha Mengakhiri. Akhirilah pencarian cintaMu Ya Waduud dengan kurniaan cintaMu dalam jiwa kami, Ya Fattah, bukalah hijab antara kami denganMu agar kami dapat databg dekat denganMu dan mengakhiri kerinduan ini.

*73. Ya Awwal -*
Allahumma Ya Awwal, Engkaulah Yang Maha Mempercepatkan, percepatkanlah langkah2 kami untuk sampai ke hadratMu agar kami merasa bahagia.

*74. Ya Akhir -*
Allahumma Ya Akhir, Engkaulah Yang Maha Melambatkan, percepatkanlah hamba2Mu yg sangat lambat ini agar kami bersegera menghadapMu.

*75. Ya Zohir -*
Allahumma Ya Zohir, Engkau Maha Menampakkan, nampakkan Nama dan Sifaf2Mu disebalik makhluqMu. Ketika mata zahir kami melihat matahari, nampakkan pada matahati kami Engkau Ya Nuur sedang memancar cahayaMu, pancarkan juga cahaya makrifah dalam jiwa kami agar kami dapat mengenalMu.

*76. Ya Baathin -*
Allahumma Ya Baathin, Yang Maha Menghilangkan, hilangkanlah wajah2 makhluq pada cermin hati kami yg mengganggu kami dari kusyuk kepadaMu sepanjang shalat kami.

*77. Ya Waaliy -*
Allahumma Ya Waaliy, Engkau yg Maha Mengurus, Engkau lah Ya Waaliy Ya Wakil Ya Hayyu Ya Qoyyum yg mengurus dan mentadbir sendiri 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi dengan sempurna. Ya Allah Ya Waaliy, bantulah kami mengurus anggota tubuh kami untuk taat kepadaMu dan menjauhi laranganMu.

*78. Ya Muta'ali -*
Allahumma Ya Muta'ali Yang Maha Tinggi lagi Maha Meninggikan, tinggikan martabat kami di akhirat nanti dengan saat pertemuan denganMu kekasih hakiki dan sejati di syurga abadiMu.

*79. Ya Barr -*
Allahumma ya Barr, Engkaulah yg Maha Baik dan Dermawan, terima kasih atas segala kebaikanMu kepada kami sejak Engkau mencipta kami hingga saat ini. Ya Barr, kurniakan kami sifat kebaikan agar kami dpt berbuat baik sesama kami.

*80. Ya Tawwab -*
Allahumma Ya Tawwab, Engkau Maha menerima Taubat, terimalah taubat kami. Kami bertaubat dari melakukan perkara dosa dan maksiat. Kami bertaubat dari mengikut nafsu dan syaitan, kami bertaubat kepadaMu dari kelalaian mengejar dunia. Kami berjanji untuk menjadi abdiMu, khadamMu dan khalifahMu mengikut apa yg diajar oleh RasulMu.

*81. Ya Muntaqim -*
Allahumma Ya Muntaqim, Engkau Maha Keras siksaan. Ya Hafiz Ya Muhaimin, jauhi kami dan lindungi kami dari azab nerakaMu. Allahumma Ya Muntaqim, masukkan rasa gerun dan takut dalam jiwa kami kepada azabMu agar kami berhati2 dalam hidup ini dari dosa dan maksiat. Ingatkan kami seringan2 azab neraka adalah dipakai seliper neraka, menggelegak otak manusia.

*82. Ya Affuw -*
Allahumma Ya Affuw, Engkaulah Yang Maha Pemaaf, maafkan kami atas segala kesalahan, kesilapan, kelalaian, ketelanjuran kami.

*83. Ya Rauf -*
Allahumma Ya Rauf, Engkau Maha Pengasih, kasihMu kepada kami membuat kami rindu kepadaMu. Ya Fattah Ya Rauf, bukalah hijab matahati kami agar kami nampak kasihsayangMu kepada kami, dengan itu dapatlah kami memujiMu.

*84. Ya Malikulmulk*
Allahumma Ya Malikulmulk, Engkaulah pemilik seluruh kerajaan langit dan bumi, kerajaan alam dunia, alam barzah dan alam akhirat. kerajaan setiap negara itu adalah dalam genggamanMu. Engkau mewariskan kerajaan di dunia ini kepada hamba2 yg beriman. Ketika hamba2Mu hidup lalai dgn keduniaan, Engkau Ya Malikulmulk Ya Hakam menghukum dengan mengizin pemimpin yg zalim menindas manusia. Ya Malikulmulk, jadikan kami rakyat dan pemimpin yg beriman agar kami sejahtera di bawah lembayung redha dan kasihMu.

*85. Ya Dzaljalaali wal ikram*
Allahumma Ya Dzaljalaaliwalikram, sesungguhnya Engkau Maha Sempurna kebesaran, keagungan, ketinggian, kemuliaan, kasih sayang dan kekuasaan. Kami semua hamba yg dhaif yg tak sempurna, hidup kami bersandar kepada kurniaan2Mu. Basahilah hati dan lidah kami untuk senantiasa memuji akan kesempurnaanMu.

*86. Ya Muqsith -*
Allahumma ya Muqsith, Engkau Maha Menyeimbangkan, seimbangkanlah hidup kami untuk akhirat dan dunia. Jangan biarkan kami asyik menumpukan kepada kesibukan dunia semata2 sehingga lalai dengan bekalan akhirat.

*87. Ya Jami'*
Allahumma ya Jami', Engkau Maha Menyatukan. Satu2kan hati2 semua ummat islam di dunia ini agar kami semua dapat tolong menolong, bimbing membimbing, pesan memesan antara kami.

*88. Ya Ghoniy*
Allahumma Ya Ghoniy, Engkaulah Yang Maha Kaya, seluruh kekayaan yg ada di alam buana ini dan harta yg ada pada hamba yg Engkau pinjamkan kekayaanMu adalah milikMu semuanya. Engkau memberi pinjam kepada hambaMu untuk mengabdi diri kepadaMu dan melakukan kebaikan dan kebajikan kepada orang sekeliling kami. Ya Ghoniy, kurniakan kami kekayaan syurgaMu di akhirat, kecukupan di dunia dan jauhkan kami dari dunia yg melalaikan kami daripada mendekatkan diri kepadaMu.

*89. Ya Mughniy*
Allahumma Ya Mughniy, Engkaulah Yang Maha Memberi kekayaan, Engkau Ya Mughniy mengurniakan kekayaan syurga yg suci, tulus dan abadi kepada hambaMu yg beriman dan Engkau mengurniakan kekayaan dunia yg hina kepada org2 kafir yg hina.

*90. Ya Mani'*
Allahumma Ya Mani', Engkaulah Yang Maha Mencegah, cegahlah kami dari dosa dan maksiat. Ya Mani', cegahlah remaja2 kami dari menagih dadah (ketagihan narkoba), berzina, mencuri, bermain games komputer, menonton video sehingga lalai kepada Allah. Ya Mani', cegahlah rakyat kami dari riba' dan rasuah. Cegahlah pemimpin kami dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Ya Mani', cegahlah nafsu kami dari sebarang dosa dan maksiat agar kami terpelihara dari azab nerakaMu yg sangat pedih itu ya Muntaqim.

*91. Ya Dharru*
Allahumma Ya Dharru, Engkaulah Yang Maha Memberi mudarat, tiada siapa yg boleh memberi mudarat melainkanMu. Sedikit mudarat di dunia ini adalah perlindunganMu Ya Hafiz Ya Muhaimin kepada mudarat nerakaMu yg lebih dahsyat. Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, perkasakan, kuatkan dan teguhkan jiwaku ketika menghadapi ujian mudaratMu, sesungguhnya Engkau Ya Quddus Ya Jalil menyuci kotoran rohku ketika melalui sedikit mudarat dariMu.

*92. Ya Naafi'*
Allahumma Ya Naafi', Engkaulah Yang Maha memberi manfaat tiada makhluq dapat memberi sebarang manfaat melainkanMu. Ya Naafi', jadikan setiap saat hidupku memberi manfaat kepada orang sekelilingku.

*93. Ya Nuur*
Allahumma Ya Nuur, Engkau yg Maha Memancar Cahaya, pancaran cahaya petunjukMu, ketika cahayaMu menerangi hatiku, jelas dan teranglah kebenaran dan kebatilan, jelaslah jalan ke syurga dan neraka. Bimbinglah kami Ya Haadi di atas jalan kebenaranMu Ya Haq. Setelah Engkau memancar cahaya dalam jiwaku, janganlah Engkau padam ia, kekalkan cahaya dalam jiwaku Ya Baaqi Ya Nuur.

*94. Ya Haadi*
Allahumma Ya Haadi, Engkaulah Yang Maha Memberi Petunjuk  dan Maha Membimbing. Bimbinglah kami diatas jalan makrifah ini. Ya Bashir Ya Haadi, pandanglah kami dan bimbinglah kami, sekiranya Engkau tidak membimbing kami, tiada siapa yg dapat membimbing kami.

*95. Ya Badi'*
Allahumma Ya Badi', Engkaulah Yang Maha Cantik. Seluruh kecantikan di alam ini adalah milikMu. Engkau memberi kecantikan kepada kami untuk kami memujiMu dan Engkau akan menarik balik kecantikan milikMu. Ya Badi', cantikkan budipekerti kami terhadapMu agar kami sentiasa mengabdi diri kepadaMu cantikkan budipekerti kami sebagaimana cantiknya budipekerti Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam yg senantiasa dipenuhi dengan kasihsayangMu Ya Rahman Ya Rahim.

*96. Ya Baaqi*
Allahumma Ya Baaqi Yang Maha Kekal, kami hambaMu bersifat fana', jasad akan akan hancur menjadi makanan cacing dan ulat.  hartabenda akan habis, kulit2 berkedut, mata akan rabun, lutut akan sakit, suami, isteri dan anak2 akan berpisah, semuanya akan hilang. Roh kami akan menghadapMu dalam keadaan lemah, dhaif, fakir, jahil dan hina. hanya Engkau yg kekal Ya Baaqi'.

Ya Baaqi Ya Mukmin, kekalkan kami dalam iman sehingga akhir hayat kami. Ya Baaqi Ya Nuur, kekalkan kami dalam cahayaMu. Ya Baaqi Ya Haq, kekalkan kami dalam kebenaranMu. Ya Baaqi Ya Waduud, kekalkan kami dalam dekapan cintaMu. Ya Baaqi Ya Hafiz Ya Muhaimin, kekalkan kami dalam perlindunganMu  di dunia, alam barzah hingga alam akhirat.

*97. Ya Waris*
Allahumma Ya Waris, Engkau Maha Mewarisi. Engkau mewarisi syurgaMu kepada hamba2 yg beriman, Engkau mewarisi nerakaMu kepada hamba2Mu yg kufur. Engkau mewarisi kerajaanMu dan kekuasaan di dunia ini kepada hamba2Mu yg beriman dan bertakwa untuk diuruskan mengikut hukum hakamMu. Namun ketika Hamba2Mu mencintai dunia dan tidak mencintaiMu, Engkau mewarisi kerajaanMu kepada hamba2Mu yg kufur dan zalim sebagai hukuman kepada manusia yg tidak beriman kepadaMu. Ya Waris Ya Mukmin, masukkan iman dalam jiwa kami agar kami dapat mengabdi diri kepadaMu untuk menerima warisanMu dlm mengurus alam ini.

*98. Ya Rasyid*
Allahumma Ya Rasyid, Engkaulah Yang Maha Pintar, kurniakan kami kepintaran untuk kami mengenalMu, untuk kami memahami ayat2 QuranMu dan hadis2 NabiMu.

*99. Ya Shabur*
Allahumma Ya Shabur, Engkau Maha Sabar, kurniakan kami kesabaran untuk taat kepadaMu kesabaran untuk menjauhi laranganMu dan kesabaran utk mengharungi ujian2Mu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar